Tuesday, 4 June 2013

KEPENTINGAN MENJAGA SAHABAT



 Teman baikku!!!



SAHABAT!!!!!
Apa yg korang sume tau sal sahabat???
Bagi pendapat aku la kan...org lain aku xtau ar plak mcm mn...so jgn ar terasa k.. 
HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari. BETOI X???
Bagi aku tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai 'kera sumbang' iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.
Ada macam-macam corak sahabat kita boleh dapat selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya (NURUL) ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat (AKU KOT), ada sahabat yang garang, tetapi penyayang (UMMI) dan banyak lagi kalau nak huraikan.
Kalau kita pikir balik...dah jadi lumrah dunia, ada sahabat yang hanya dekat pada kita bila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja.
Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang (MACAM SAHABAT AKU). Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.
Senang crita kan...bagi aku dalam persahabatan mesti ada  9 'K' dalam persahabatan

KASIH SAYANG merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Akhir sekali, hayatilah pepatah Inggeris ini
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!"
CEEWAAHHH speaking LONDON plak aku ni...heheheheh 
xpa aku tlg translate kan....
"Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan".
So Renung-renungkan dan selamat beramal k...


NaNy
1.00 pm 5/6/2013

1 comment:

  1. Sangat setuju... Semuanya bermula dari diri kita sendiri... Kita lakukan yang terbaik dapatla kebaikan.. Kita lakukan yg buruk dapatla keburukan...

    ReplyDelete